Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Sunday, March 15, 2009

Assalamualaikum...

Rasa nya sangat lama ina tak update blog ni.. tapi walaupun x update ade juga customer yang datang ke spa ina utk buat treatment melalui info yang terdapat dalam blog ini. Anyway tq pada pembaca blog ina yang sudi datang.. Actually ina agak bz kebelakangan ini coz byk benda yg harus diselesaikan.

Post kali ini ina nak kongsikan tentang produk terbaru yang terdapat di Spa Ina. Kalau post sebelum ini ina ade memberi tips mengenai lulur, so kali ini ina nak syor kan 1 produk yang berasaskan bahan - bahan semulajadi dari tumbuh - tumbuhan.



SAFAH HERBS adalah produk yang dicipta khusus untuk merawat kulit badan seperti berparut, gelap, kusam, kasar, bersisik, tidak sekata dan lain2 masalah kulit. Produk Safah herbs berasaskan herba, buah, kekacang dan pelbagai sumber asli yang diformulasi dari ramuan tradisi petua zaman dulu dalam mencantik dan menjaga kesihatan kulit badan. Setiap produk Safah Herbs bebas dari sebarang bahan kimia, pengawet, pewarna, pewangi dan bahan penambah. Produk Safah Herbs benar2 asli dan ia adalah satu anugerah dari alam pada pengguna di luar sana yang ingin menjaga kecantikan kulit tubuh badan menerusi petua tradisi yang sangat semulajadi dan selamat tanpa memberi kesan sampingan yang buruk

Kebaikan Produk Safah Hebs Beauty Recipe...

Membersih - Safah Herbs mampu membersihkan kulit dari sebarang kotoran, daki, sel-sel mati dan sebarang debu dan habuk yang mendap kedalam liang roma yang tidak mampu dibersihkan oleh sabun mandi biasa. Ia menjadikan kulit lebih bersih dan segar.

Mencerah - Produk Safah herbs mampu mencerahkan kulit yang gelap atau parut - parut akibat faktor sinaran matahari, radikal bebas dan penuaan semulajadi seperti gelap keseluruhan kulit atau celah ketiak, peha, leher tangan ataupun kaki. Penggunaan yang berterusan akan menjadikan kulit lebih cerah dan sekata.

Melembut - Produk Safah herbs akan melembutkan kawasan kulit badan yang kasar, keras, bersisik dengan zat dan khasiat ramuan asli produk. Penggunaan yang berterusan akan menjadikan kulit lebih lembut dan halus.

Memelihara - Safah Herbs dengan khasiat ramuan semulajadi mampu memelihara kecantikan dan kesihatan kulit badan dari kerosakan fakotr - faktor luaran dan pelbagai pencemaran. Kulit akan menjadi lebih baik dan sihat.

Menegang - Penggunaan produk Safah Herbs yang berterusan akan mengembalikan keanjalan dan ketegangan kulit serta mengurangkan garis - garis halus yang menjadi punca kepada kedutan dan kekenduran kulit.

Keistimewaan Produk Safah Herbs

  • Produk rawatan tubuh yang ringkas namun berkesan bagi permasalahan setiap kulit pelanggan.
  • Harga yang berpatutan dan mampu dibeli serta mudah dilakukan sendiri di rumah.
  • Produk yang berkualiti tanpa pengawet, pewarna dan bahan kimia. 100% semulajadi dan bermutu serta segar.
  • Produk yang asli serta segar dari ladang. Dikeringkan dengan teknologi terkini tanpa menghilangkan kesegaran dan zat vitamin.
  • Pemilihan bahan asas seperti herba, buah, kekacang yang benar2 bermanfaat untuk kecantikan dan kesihatan kulit.
  • Produk yang dijamin halal tanpa was - was kerana berunsurkan 100% tumbuhan, buah dan kekacang.
Antara produk lulur badan yang mendapat sambutan di Spa ina adalah :-

1) CINNAMOMUM & KAFFIR LIME - Ramuan dari kayu manis & buah limau perut khusus utk mengatasi pelbagai masalah kulit tubuh. Khasiat kayu manis telah diketahui mampu untk menghilang/menipiskan parut yang berada di permukaan kulit tubuh serta dapat membuang angin dan melancarkan perjalanan darah manakala buah limau perut sgt baik utk mencerahkan kulit yg gelap dan kusam serta dapat mengeluarkan toksin yang terpendam didalam kulit melalui proses ditoksifikasi. Scrub ini juga dapat mengurangkan bau badan dan dapat memberikan kesegaran pada tubuh.


2) FANTASTIC COFFEE BEAN - Scrub yang sgt istimewa kombinasi dari biji kopi dan herba terpilih, sangat bagus utk mencerahkan kulit yg gelap akibat pancaran matahari, kulit yg berbelak dan tidak sekata serta kulit yg mempunyai masalah selulit. Biji kopi adalah agen pengelupasan semulajadi dan dapata mencerahkan kulit yg gelap terutama bahagian ketiak & celah peha. Biji kopi juga adalah anti penuaan semulajadi manakala Aroma kopi pula dapat menenangkan serta dapat memberi kesegaran pada tubuh yang letih. Scrub dari biji kopi sgt popular ketika ini kerana kehebatannya dalam mencantik & mencerahkan kulit.


3) SENSATION PINEAPPLE FRUIT- Scrub tubuh yang diformulasi dari buah nanas dan herba yang berkhasiat sgt bagus untuk menghaluskan kulit yg kasar,kusam,berparut dan bersisik. Ia mampu untuk melembut,menyerikan kulit,menipiskan parut-parut yg tebal dan menghilangkan parut yg nipis. Buah nanas juga mempunyai enzim semulajadi yang mampu mencerah kawasan kulit yg gelap. Ia juga dapat menanggalkan sel-sel mati terkumpul yang boleh menyebabkan kulit kasar dan kusam.







4) GREEN PEAS & CENTELLA - Scrub yang dicipta dari kehebatan khasiat kacang hijau & daun pegaga berfungsi untuk memberi kelembapan, keserian, kecerahan, kelembutan dan dapat menjadikan kulit tubuh kelihatan lebih muda dan segar. Kacang hijau sgt bgus untuk mencantikkan kulit dan dapat menanggalkan sel-sel mati yg degil,manakala daun pegaga telah diperakui khasiatnya oleh para pengkaji akan keberkesanannya sebagai agen antipenuaan semulajadi atau pun digelar agen awet muda. Peggunaan scrub ini jg dapat menegangkan kulit serta mengurangkan kedutan pada kulit.

5) AMAZING COCONUT FRUIT - Lulur yg diadun dari parutan buah kelapadan campuran herba yg sesuai bermanfaat utk kecantikan kulit. Buah kelapa adalah agen kecantikan yg sangat berkhasiat yg diakui keberkesanannya sejak dari zaman dulu kala bagi membersih dan menghaluskan kulit badan. Pelembapan yg tinggi dari buah kelapa mampu menjadikan kulit lebih lembut dan gebu serta mengembalikan keserian kulit. Lulur dari buah kelapa boleh digunakan oleh sesiapa sahaja mahupun untuk kulit yang paling nipis dan sensitive. Penggunaan yg berterusan akan memastikan kulit badan akan kekal cantik, tegang, halus dan berseri.


6) VIT-C ROYALE ROSELLE - Lulur yg dicipta dari kehebatan bunga Roselle sgt berkhasiat dlm kecantikan dan kesihatan kulit badan. Roselle yg diakui mempunyai khasiat yg tinggi dgn Vitamin C dan E mampu memperbaiki kerosakan kulit serta dapat mengembalikan vitamin yg hilang akibat daripada pendedahan cahaya matahari dan radikal bebas. Ia juga diaplikasikan melalui rawatan luaran yg terbaik supaya dapat meresap terus kedalam liang roma kulit dengan lebih mendalam justeru kulit akan terus mendapat khasiatnya dgn serta merta tanpa ada kesan sampingan pada kulit.

3 comments:

  1. salam..nk tnya skit kalau nk beli safah herbs ni blh tak?ada jual kat mna2 tak?

    ReplyDelete
  2. cam mner nak dapat kan safah herbs ne?

    ReplyDelete
  3. ada kat plaza alam central s.alam

    ReplyDelete