Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Saturday, January 10, 2009

Urutan Aromatherapy

Salam semua..

Nampak nya dah 2 hari ina x update blog ni. Maklum la bz sket ngan spa, ade something yg perlu diuruskan..

Ok hari ni ina nak berkongsi pasal Urutan Aromatherapy plak.. Untuk pengetahuan u all semua Urutan Aromatherapy berbeza dengan urutan traditional. Bezanya adalah urutan aromatherapy sangat lembut dan lebih relaks.. Ianya sangat sesuai utk org2 yg selalu stress dan perlukan ketenangan.. Kebaikan urutan aromatherapy ini adalah untuk mengeluarkan toksid2 & angin di dalam badan serta malancarkan peredaran darah & melegakan otot2 badan.

Antara tips yg ina boleh kongsikan ngan u all sebelum membuat urutan aromatherapy adalah :-

  • Minum segelas air suam
  • Kaki hendaklah dicuci bersih
p/s : kepada sesiapa yg baru menjalani pembedahan tidak digalakkan melakukan rawatan ini.

Wednesday, January 7, 2009

Melulur Badan

assalamualaikum semua..

Apa kabar hari ni? Harap-harap u all semua sihat, cantik & sentiasa anggun selalu.. kalu ade apa2 pandangan mengenai blog ina ni boleh la kongsi2 ngan ina melalui email www.pesonaanggun@gmail.com ataupun diruangan komen/ shout box.. Insyallah setiap pandangan akan diterima dgn hati yg terbuka...

ermmm.. hari ni kita nak buka topik apa ek.. haaa apa kata kita citer pasal MELULUR BADAN.. Kalu u all nak tau melulur badan adalah satu rawatan untuk menanggalkan sel2 kulit mati yg susah utk ditanggalkan. Melulur badan dapat membersih dan menggalakkan pertumbuhan sel2 kulit yg baru dan cantik. So kalu diamalkan kulit u all akan sentiasa cantik. Lulur juga biasanya dilakukan seminggu sekali dan bahan2 yg digunakan utk melulur badan adalah terdiri dari herba2 yg dipilih kemudian dihalusikan menjadi serbuk atau krim.

KEBAIKAN & KELEBIHAN MELULUR BADAN

  1. Menghaluskan kulit
  2. Memutihkan dan mengebukan kulit
  3. Menanggalkan sel2 kulit mati
  4. Menghilangkan & memudarkan parut
  5. Melancarkan perjalanan darah

Cara-cara untuk membuat lulur badan :-

Mula2 u all kene embunkan beras didalam sedikit air dan daun pandan. Pastikan tiada seekor pun serangga didalam beras. Selepas itu u all hendaklah mengisar beras tersebut bersama bahan2 yg disebut dibawah mengikut kehendak sendiri :-

  • Beras + Halia = angin
  • Beras + Kunyit = Panau
  • Beras + Kulit Limau Sunkist = Liang2 roma terbuka
  • Beras + Lidah buaya = Masalah kulit & lembutkan kulit

Seseorang itu tidak boleh melulur badan sekiranya terdapat penyakit kulit, penyakit kencing manis yg sudah luka & penyakit kayap serta dalam keadaan badan yg tidak sihat.

Dlm zaman moden sekarang dengan kehidupan yg terlalu sibuk, kita mempunyai masa yg terhad utk menyediakan bahan2 herba ini. So kalau kita hendak melulur badan kita boleh membeli bahan2 tersebut dipasaran yg telah sedia ada ataupun boleh terus pergi ke pusat kecantikan atau spa, cuma serahkan badan saja & ianya lebih profesional berbanding kita lakukan sendiri dirumah. Macam ina biasanya melulur badan seminggu sekali selepas sauna, ini adalah kerana setelah melakukan sauna kulit kita menjadi lembut dan senang utk menanggalkan sel2 kulit mati. Biasanya harga x mahal sgt, di Spa ina harganye cuma RM40 sebelum diskaun 15%.

Ok la.. Ade appoinment ngan customer jap lg ni, so ina minta diri dulu la ek. Hopefully post ni dpt memberi serba sedikit pengetahuan utk u all semua..

Salam..

Tuesday, January 6, 2009

Salam Perkenalan

Assalamualaikum semua...

Pertama sekali ina bersyukur ke hadrat ilahi kerana berjaya membina blog ini utk tatapan kaum hawa semua. Maklum la inilah kali pertama ina menceburkan diri dalam bidang online dan juga bisnes, tu yang excited sket...

Ok untuk pengetahuan u all.. ina br je membuka pusat kecantikan & Spa yg beroperasi di Melaka (bersebelahan Giant Melaka).. so disebabkan itulah ina terpanggil utk membina blog ini. Sebenarnya tujuan ina membina blog adalah utk berkongsi tips2 kecantikan dan juga petua2 utk u all. Tp alang2 berblog ni x salah kot ina promote kan Spa ina sekali hehe..

Spa ina adalah berkonsepkan moden. Antara treatment yang terdapat di Pesona Anggun Beauty Care & Spa adalah facial (aromatherapy/treatment), massage aromatherapy, sauna(herba/aromatherapy), Body lulur, Body mask, Foot Spa, Milk Bath, Aura Bath dan macam2 lg treatment yg ade disini.. So kalu nak tau lebih detail boleh la contact2 ina.

Ok topic hari ni yang ina nak kongsikan dengan u all adalah pasal SAUNA.. Untuk pengetahuan u all sauna adalah satu kaedah rawatan yg menggunakan herba2 yg direbus menggunakan air bagi tujuan kesihatan & kecantikan. Rawatan ini amat sesuai utk wanita selepas bersalin (so yg baru dapat baby tu rajin2 la sauna ek), lelaki dan wanita remaja. Seelok2 nya sauna ini hendaklah diamalkan seminggu sekali bagi memulihkan tenaga dan kesihatan tubuh badan. Sebelum involved dlm bisnes ni ina selalu berjogging tp sekarang masa agak mencemburui so Ina selalu amalkan sauna setiap minggu dan mmg terbukti ia dapat menyihatkan & menyegarkan badan ini adalah kerana kebaikan sauna antaranya:

  • Mengeluarkan toksid dlm badan.
  • Memecahkan lebihan lemak.
  • Melancarkan perjalanan darah.
  • Menanggalkan dan melembutkan sel2 kulit mati.
  • Merawat penyakit kulit yg ringan.
  • Merawat keletihan badan.
  • Melembutkan ( menghaluskan ) dan mencantikkan kulit.


Bagi kakak2 dan adik2 semua mari lah kita bersauna beramai2 hehe. Kos nye pun rasanye x de la mahal sgt, kalu di tempat ina
  • Sauna Herba - RM 30
  • Sauna Aromatherapy - RM 35
itu belum diskaun 10% lg. Kalu di Spa lain ina x tau la..

So rasanye setakat ini saja post ina kali ini. Insyallah lepas ini ina akan post kan lg tips2 kecantikan yang lain.