Subscribe

RSS Feed (xml)



Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, January 7, 2009

Melulur Badan

assalamualaikum semua..

Apa kabar hari ni? Harap-harap u all semua sihat, cantik & sentiasa anggun selalu.. kalu ade apa2 pandangan mengenai blog ina ni boleh la kongsi2 ngan ina melalui email www.pesonaanggun@gmail.com ataupun diruangan komen/ shout box.. Insyallah setiap pandangan akan diterima dgn hati yg terbuka...

ermmm.. hari ni kita nak buka topik apa ek.. haaa apa kata kita citer pasal MELULUR BADAN.. Kalu u all nak tau melulur badan adalah satu rawatan untuk menanggalkan sel2 kulit mati yg susah utk ditanggalkan. Melulur badan dapat membersih dan menggalakkan pertumbuhan sel2 kulit yg baru dan cantik. So kalu diamalkan kulit u all akan sentiasa cantik. Lulur juga biasanya dilakukan seminggu sekali dan bahan2 yg digunakan utk melulur badan adalah terdiri dari herba2 yg dipilih kemudian dihalusikan menjadi serbuk atau krim.

KEBAIKAN & KELEBIHAN MELULUR BADAN

  1. Menghaluskan kulit
  2. Memutihkan dan mengebukan kulit
  3. Menanggalkan sel2 kulit mati
  4. Menghilangkan & memudarkan parut
  5. Melancarkan perjalanan darah

Cara-cara untuk membuat lulur badan :-

Mula2 u all kene embunkan beras didalam sedikit air dan daun pandan. Pastikan tiada seekor pun serangga didalam beras. Selepas itu u all hendaklah mengisar beras tersebut bersama bahan2 yg disebut dibawah mengikut kehendak sendiri :-

  • Beras + Halia = angin
  • Beras + Kunyit = Panau
  • Beras + Kulit Limau Sunkist = Liang2 roma terbuka
  • Beras + Lidah buaya = Masalah kulit & lembutkan kulit

Seseorang itu tidak boleh melulur badan sekiranya terdapat penyakit kulit, penyakit kencing manis yg sudah luka & penyakit kayap serta dalam keadaan badan yg tidak sihat.

Dlm zaman moden sekarang dengan kehidupan yg terlalu sibuk, kita mempunyai masa yg terhad utk menyediakan bahan2 herba ini. So kalau kita hendak melulur badan kita boleh membeli bahan2 tersebut dipasaran yg telah sedia ada ataupun boleh terus pergi ke pusat kecantikan atau spa, cuma serahkan badan saja & ianya lebih profesional berbanding kita lakukan sendiri dirumah. Macam ina biasanya melulur badan seminggu sekali selepas sauna, ini adalah kerana setelah melakukan sauna kulit kita menjadi lembut dan senang utk menanggalkan sel2 kulit mati. Biasanya harga x mahal sgt, di Spa ina harganye cuma RM40 sebelum diskaun 15%.

Ok la.. Ade appoinment ngan customer jap lg ni, so ina minta diri dulu la ek. Hopefully post ni dpt memberi serba sedikit pengetahuan utk u all semua..

Salam..

No comments:

Post a Comment